Written by Abdullah Hukum• October 9, 2026•
8:52 pm•
Berita, Semasa
•
Yang Seksi Dalam Belanjawan 2027
- Adopt haiwan peliharaan boleh dapat pelepasan cukai — termasuk kos vaksin.
- Langganan AI boleh dapat pelepasan cukai.
- 100,000 lagi anak muda dapat langganan AI percuma, termasuk ChatGPT.
- Lebih 16,000 kursus dan Sijil Profesional Coursera boleh belajar secara percuma.
- Beli air-cond atau peti sejuk cekap tenaga dapat rebat sehingga RM200.
- Kerajaan akan beli pukat lama supaya tak terbiar dan membahayakan penyu serta hidupan marin. Penyu belimbing pula kembali bertelur di Terengganu selepas kali terakhir direkodkan pada 2017.
- RM15 juta untuk pemuliharaan alam, termasuk habitat Harimau Malaya, Gajah Borneo dan Orang Utan.
- Tiket filem dan teater tempatan di Wilayah Persekutuan bebas duti hiburan mulai 2027.
- Acara seni, hiburan dan sukan di Stadium Merdeka dan Stadium Negara juga bebas duti hiburan.
- Buat kerja sukarelawan, dapat RM100 e-dompet melalui Budi Belia.
- KL akan ada 22km laluan pejalan kaki berbumbung. Buggy turut disediakan untuk warga emas di beberapa lokasi tumpuan.
- Permainan rakyat dan sukan tradisional akan dihidupkan semula melalui Liga Perpaduan, dengan sasaran 200,000 peserta.