Written by • 8:52 pm• Berita, Semasa •

Yang Seksi Dalam Belanjawan 2027

  1. Adopt haiwan peliharaan boleh dapat pelepasan cukai — termasuk kos vaksin.
  2. Langganan AI boleh dapat pelepasan cukai.
  3. 100,000 lagi anak muda dapat langganan AI percuma, termasuk ChatGPT.
  4. Lebih 16,000 kursus dan Sijil Profesional Coursera boleh belajar secara percuma.
  5. Beli air-cond atau peti sejuk cekap tenaga dapat rebat sehingga RM200.
  6. Kerajaan akan beli pukat lama supaya tak terbiar dan membahayakan penyu serta hidupan marin. Penyu belimbing pula kembali bertelur di Terengganu selepas kali terakhir direkodkan pada 2017.
  7. RM15 juta untuk pemuliharaan alam, termasuk habitat Harimau Malaya, Gajah Borneo dan Orang Utan.
  8. Tiket filem dan teater tempatan di Wilayah Persekutuan bebas duti hiburan mulai 2027.
  9. Acara seni, hiburan dan sukan di Stadium Merdeka dan Stadium Negara juga bebas duti hiburan.
  10. Buat kerja sukarelawan, dapat RM100 e-dompet melalui Budi Belia.
  11. KL akan ada 22km laluan pejalan kaki berbumbung. Buggy turut disediakan untuk warga emas di beberapa lokasi tumpuan.
  12. Permainan rakyat dan sukan tradisional akan dihidupkan semula melalui Liga Perpaduan, dengan sasaran 200,000 peserta.
↑
Close