JOHOR BAHRU: PKR Johor digesa mempertimbangkan untuk menuntut semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada pilihan raya akan datang susulan perubahan hubungan politik antara Pakatan Harapan (PH) dan parti Muda.
Aktivis PKR Johor, Napsiah Khamis Maharan, berkata parti itu perlu bersuara mengenai masa depan kerusi berkenaan yang kini disandang oleh wakil Muda, Amira Aisya Abdul Aziz.
Menurut Napsiah, Puteri Wangsa mempunyai sejarah kerja lapangan yang panjang oleh PKR dan parti itu tidak seharusnya mengetepikan peranan tersebut dalam rundingan pembahagian kerusi akan datang.
“Puteri Wangsa bukan hak mutlak mana-mana parti. Sejarah membuktikan PKR sudah lama bekerja di kawasan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut mempertikaikan dakwaan Naib Pengerusi Amanah Johor, Dr Zuhan Zain, yang sebelum ini menyatakan kerusi itu dipinjamkan oleh Amanah kepada Muda.
Napsiah berpendapat kenyataan tersebut tidak tepat dan menegaskan PKR juga mempunyai rekod meletakkan calon di kawasan berkenaan sebelum ini.
Pada pilihan raya umum 2018, kerusi DUN Puteri Wangsa dimenangi oleh Mazlan Bujang ketika beliau bertanding atas tiket Bersatu yang ketika itu merupakan sebahagian daripada PH. Dalam pilihan raya negeri Johor 2022 pula, kerusi tersebut dimenangi oleh Amira Aisya daripada Muda selepas parti itu bekerjasama dengan PH.
Bagaimanapun, kerjasama politik antara PH dan Muda kini tidak lagi berjalan seperti sebelumnya, sekali gus mencetuskan perbincangan mengenai pembahagian kerusi pada masa depan.
Selain itu, Napsiah turut mendakwa menerima rungutan daripada sebahagian penduduk Puteri Wangsa mengenai isu penyelesaian masalah tempatan serta kehadiran wakil rakyat di kawasan tersebut.
“Saya menerima banyak aduan daripada penduduk tentang kelewatan menyelesaikan masalah rakyat. Ada juga yang mengatakan mereka jarang melihat wakil rakyat di kawasan tertentu,” katanya.
Sehingga kini, Amira Aisya belum mengeluarkan kenyataan balas berhubung dakwaan tersebut.
Puteri Wangsa merupakan antara kerusi bandar yang menjadi tumpuan dalam landskap politik Johor dan dijangka menjadi sebahagian daripada rundingan kerusi antara parti-parti pembangkang dan kerajaan menjelang pilihan raya akan datang.
sepatutnya PKR yg kena lawan Puteri Wangsa, bukan Amanh.. Zuhan zain jenis oportunis?
Muda is a party full of incels and snowflakes.
Pkr lebih menerajui dalam kerja lapangan sebelum MUDA. Seharusnya Dun Puteri Wangsa diberi pada PKR. Puan Napsiah Khamis selalu turun menyantuni masyarakat tak mengira bangsa dan agama.
Di DUN putri Wangsa seharusnya di beri kepada PKR…. puan Napsiah Khamis …beliau sangat perihatin kepada masyarakat…beliau yg byk turun padang di putri Wangsa….
Pru lepas septtnya ia bukan untuk muda pada azalinya .ia septtnya diberikan pada calon parti yang membuat kerja lapangan ,tanpa mengira jawatan .sy berharap Puan Napsiah Khamis diberikan peluang untuk mengisi kerusi di di puteri wangsa yg semenangnya layak buat beliau .kepimpinan atasan harus melihat calon2 yg btl2 membantu rakyat dan melihat kesusahan rakyat .bukan hanya menjerit di pentas tetapi dilapangan muka pun x nmpk .
seharusnya diberi kpd pkr memandangkn Napsiah Khamis selalu turun padang diPuteri wangsa Dan sgt aktif serta sgt peduli dgn penduduknya x kira bangsa.
Dun Puteri Wangsa seharusnya diberikan kepada orang yang rajin turun padang memberi khidmat kepada masyarakat seperti Puan Napsiah. Dia selalu turun untuk membantu dan mendengar keluhan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa. Saya berharap Puan Napsiah dapat bertanding pada PRN kali ini untuk kerusi Dun Puteri Wangsa.
Sememangnya ramai yang kenal & tahu Dun Puteri Wangsa itu siapa yang lebih kerap turun padang dan peduli pada penduduk persekitarannya. Tapi sayang, hak itu telah dinafikan dan diberikan pada org yang salah. Terkilan melihat pengurusan & amanah yg telah diberikan disia2kan macam tu saja… Peluang dh ada dpn mata utk buktikan kebolehan menjaga kawasan & memperbaiki gerakan parti sendiri tapi disia2kan mcm tu saja. Plg sedih, ramai penduduk rasa diabaikan oleh YB sendiri yg sepatutnya memegang amanah menjaga kawasan tersebut. Disebut MUDA, tapi syg.. jalan kerjanya lebih teruk dari org tua 😅… Mcm2 pula hal yg jadinya. Complain pon kalau dilist kan satu persatu dah boleh jadi berbuku2. HAKIKATNYA, gerak kerja mmg tak menampakkan perubahan apa2. Itulah perbezaan yg blh dilihat kalau mulot saja yg lebih bekerja dr usaha.. Hujung2 dah macam drama episod pulak bila tiba2 diajak bermusuh sesama sendiri 🤦🏼♀️. Apa yg kami nampak dengan mata & kepala kami sendiri, wakil PKR yg kekal setia menjaga kawasan tersebut walaupun tanpa ada jawatan/pangkat yg dibawa. Atas nama perihatin dalam banyak hal, namanya juga selalu disebut2. Banyak mata yang memerhati sebenarnya. Cuma bukan semua org akan rasa senang dan tenang dengan kebaikan yg dibuat oleh org lain. Saya percaya ramai diantara mereka lebih kenal siapa sosok yang betul2 ikhlas menjaga & mempertahankan kawasan Dun Puteri Wangsa walau bukan dia yg diberi mandat kuasa utk memegang amanah disitu…. Tanggungjawab tetap digalas dgn baik walau dia bukan siapa2. Untuk pilihanraya akan datang, wajarlah sosok tubuh kecil molek yang berjiwa besar ini diberikan peluang utk meneruskan perjuangannya menjaga Dun Puteri Wangsa dengan sehabis baik. Semoga Pn.Napsiah Khamis dikurniakan kesihatan yang baik agar dpt meneruskan perjuangannya. Satu2nya Wanita PKR yg hebat dan tidak pernah mengalah dlm banyak hal yang pernah kami kenal. Buat kerja kerana Allah, baru apa saja kerja yg kita buat itu dpt diikhlaskan oleh hati. BETULlah tu… Kami akan support orang yang nampak kesungguhanya dlm bekerja utk menjaga amanah & rakyat.. Semoga Allah aturkan yang baik2 utk pilihanraya akan datang di Dun Puteri Wangsa. All the best Pn.Napsiah 💪🏻💪🏻💪🏻…
When Amanah did not treasure this Putri Wangsa seat when given the opportunity during the last election, why would they want to take it back.
Although PKR was kind enough to allow them to contest they surrender the right and hand it over to MUDA.
After MUDA won the seat how much have they service the rakyat.
Puan Napsiah have assisted the rakyat of Putri Wangsa before the election and even after the election. This shows her devotion and love for them.
How can we allow this to happen when a candidate of this quality to be cast aside
Indeed Uncle Boey… 👍🏻👍🏻
PKR was kind enough to allow them before… but Amanah ignored the opportunity given to them 🥴🥴..
Puteri Wangsa perlu ada wakil rakyat yg lebih berkualiti.. Wpun sya stay luar PW tp sy nmpk movement Napsiah yg sgt konsistant di sana.. tetap menyantuni warga PW tanpa apa2 jawatan.. Sebab apa? sebb dia ada rasa tanggungjwb pada diri sendiri, pada PKR.. sebab tu dia terus gerak sendiri.
PW dan biasa dengan imej Napsiah bersama PKR. Aku tak tahu lah klu kepimpinan PH tak nampak siapa yg rajin buat keja..
PKR perlu lebih MENGHARGAI AHLI SENDIRI yang boleh buat kerja secara KONSISTANT seperti Napsiah. Kenapa aku ulang nama NAPSIAH byk kali? sebab klu PKR amk seat PW tp letak calon PKR laiin pun tak guna..
Aku harap PKR tak salah buat keputusan.. Ramai yg memerhatiiiiiii
PW perlu bersama NAPSIAH
Dun Putriwangsa seharusnya dikekalkan sebagai kerusi PKR dan meletakkan calon yang konsisten dilapangan..pucuk pimpinan harus melihat factor ini agar impaknya benar-benar dirasai Oleh rakyat. Puan Napsiah dilihat sangat konsisten dilapangan walau beliau tiada jawatan didalam parti dan kerajaan
Politik bukan tentang rebut kerusi, tapi tentang siapa benar-benar bekerja.Rakyat Puteri Wangsa boleh nilai sendiri.Yang rakyat mahu adalah wakil yang turun padang dan buat kerja bila- bila masa.Yang sekarang ini pegang kerusi sekadar untuk nama dan jawatan sahaja.Puteri Wangsa perlukan perubahan.
Kami mengharapkan seorang pemimpin yang benar-benar baik, yang sentiasa berkhidmat kepada rakyat, menjaga golongan yang lemah, serta membina sebuah masyarakat yang penuh kasih sayang dan keharmonian. Semoga negara kita sentiasa aman, makmur dan rakyat hidup sejahtera.