Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mengumumkan sejumlahRM200 juta diperuntukkan bagi melaksanakan Program Lestari Niaga @ Kuala Lumpur 2026.
Peruntukan itu meliputi usaha melibatkan pembangunansemula dan penambahbaikan kemudahan penjaja di 287 lokasi di seluruh ibu negara.
Jelas Hannah, inisiatif berskala besar itu bakal memberimanfaat kepada lebih 11,000 peniaga dan penjaja kecildengan menyediakan persekitaran perniagaan yang lebihselamat, tersusun serta kondusif.
Pada masa sama, Hannah berkata pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sentiasa mengamalkanpendekatan yang adil dan seimbang dalam melaksanakanprogram penempatan semula serta naik taraf kawasanpenjaja dengan mengambil kira pandangan semua pihakberkepentingan.
“Dalam isu penempatan peniaga kecil, DBKL perlumempertimbangkan pelbagai suara termasuk pendudukyang mahukan kelancaran trafik, peniaga serta penyewabangunan untuk menjalankan perniagaan.
“Kita perlu berlaku adil kepada semua pihak kerana masing-masing mempunyai pandangan tersendirimengenai lokasi yang sesuai,” katanya.
Mengulas mengenai projek naik taraf kemudahan penjajadi UTC Sentul yang tular di media sosial baru-baru ini, Hannah menjelaskan DBKL telah mengadakan sesi libaturus dan mengambil kira maklum balas diterima sebelummelaksanakan konsep pembangunan semula di kawasanberkenaan.
Beliau menegaskan kerja perombakan struktur sedia adabukan bertujuan menghalau peniaga, sebaliknya bagimembolehkan pembinaan 20 unit kios modular baharuyang lebih selesa dan moden.
Projek bernilai RM1.6 juta itu telah bermula pada 15 Jun lalu dan dijangka siap sebelum Oktober tahun ini.
Program Lestari Niaga @ Kuala Lumpur 2026 merupakanantara usaha terbesar DBKL dalam memperkasa sektorpenjaja dan peniaga kecil, sekali gus memastikankemudahan perniagaan yang lebih moden, teratur dan mampan untuk komuniti setempat.