Pembangunan modal insan dan pengukuhan rangkaianpengangkutan antara Labuan dan Sabah perlu bergerak seiringbagi memastikan pulau itu terus berkembang sebagai pusatekonomi serta pelaburan berdaya saing.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata pendekatan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Labuan perlu disesuaikandengan keperluan industri setempat agar graduan yang dilahirkan dapat memenuhi permintaan pasaran pekerjaan.
“Sebagai sebuah pulau yang unik dengan keperluan industritersendiri, pendekatan TVET di Labuan perlu disesuaikandengan realiti setempat. Saya mahu TVET di Labuan memenuhikeperluan industri di sini,” katanya.
Hannah berkata demikian selepas mempengerusikan MesyuaratPelarasan Hala Tuju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kampus Antarabangsa Labuan (KAL).
Menurut Hannah, usaha memperkukuh ekosistem TVET bukansahaja membantu menyediakan tenaga kerja mahir untuk sektorindustri sedia ada malah, menarik lebih banyak pelaburan yang memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Terdahulu, Hannah turut mengadakan sesi libat urus bersamaPersatuan Pengusaha Bot-Bot Laju Menumbok (PPBLM), LDA Labuan (Holdings) Sdn. Bhd. serta agensi berkaitan bagimeneliti perkembangan tindakan susulan yang digerakkanmenerusi Pasukan Petugas Industri Labuan sejak Februari lalu.
Akses pengangkutan yang lebih baik antara Labuan dan Sabah akan membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada pendudukdan komuniti perniagaan di pulau itu.
“Labuan memerlukan ketersambungan yang kukuh dengan Sabah agar potensinya sebagai pusat ekonomi dan pelaburandapat terus diperkasakan,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa pembangunan Labuan tidak hanyabergantung kepada pelaburan semata-mata, sebaliknyamemerlukan ekosistem yang lengkap merangkumi tenaga kerjamahir, infrastruktur pengangkutan yang cekap serta kerjasamaerat antara kerajaan, industri dan masyarakat setempat.
Menurut beliau, langkah memperkukuh TVET dan menambahbaik ketersambungan pengangkutan merupakan antara usahastrategik yang akan membantu meningkatkan daya saing Labuan sebagai hab ekonomi yang mampu menjana lebih banyakpeluang pekerjaan dan pertumbuhan mampan pada masa hadapan.