Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menyuarakan aspirasinyabagi melihat Putrajaya terus berkembang sebagai sebuahGarden City, Intelligent City dan Sports City yang menjadikebanggaan negara.
Hasrat itu disampaikan ketika Majlis Amanat Bersama Warga Perbadanan Putrajaya yang turut dihadiri barisanpengurusan serta warga kerja perbadanan tersebut.
Jelasnya, Putrajaya telah membuktikan keupayaannyasebagai tuan rumah kepada pelbagai acara sukan bertarafantarabangsa khususnya dalam sukan air dan triathlon.
“Putrajaya telah membuktikan keupayaannya sebagaituan rumah pelbagai acara sukan bertaraf antarabangsakhususnya sukan air dan triathlon.
“Potensi ini perlu terus diperkukuh agar Putrajaya munculsebagai hab sukan berprestasi tinggi negara,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa pembangunanPutrajaya perlu bergerak seiring dengan kemajuanteknologi serta pemeliharaan alam sekitar bagimemastikan bandar pentadbiran negara itu terus relevandan berdaya saing pada masa hadapan.
Dalam pada itu, Hannah merakamkan penghargaankepada seluruh warga Perbadanan Putrajaya ataskomitmen dan dedikasi mereka dalam memastikanPutrajaya kekal sebagai sebuah bandar yang terancang, bersih dan selesa untuk didiami.
“Terima kasih kepada seluruh warga PerbadananPutrajaya yang terus berkhidmat dengan komitmen dan integriti untuk memastikan Putrajaya kekal menjadi bandar yang dibanggakan rakyat,” katanya lagi.
Putrajaya sebelum ini sering menjadi lokasi penganjuranacara sukan berskala besar termasuk kejohanan triathlon, perlumbaan berbasikal, sukan air dan pelbagai program kecergasan yang menarik penyertaan atlet serta pesertadari dalam dan luar negara.
Visi menjadikan Putrajaya sebagai Garden City, Intelligent City dan Sports City dilihat selari dengan usahaberterusan kerajaan untuk memperkukuh kedudukanbandar itu sebagai model bandar moden yang mampan, berteknologi tinggi dan aktif dari segi pembangunankomuniti.
Surat Pembaca Oleh: Mirza Mohd
Ini merupakan sebuah nukilan surat pembaca oleh Mirza Mohd. Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian DeKapital.