Berita mengejutkan buat seluruh rakyat Malaysia hari ini! Belum pun reda dengan pelbagai isu sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disahkan bakal keluar dari tirai besi dan hanya perlu menghabiskan sisa hukuman penjaranya… di rumah!
Ya, anda tak salah baca. Bukan di sel penjara, tapi secara tahanan rumah (house arrest) di kediaman peribadi mewahnya di Langgak Duta, berkuat kuasa serta-merta sehingga 23 Ogos 2028.
Keputusan plot twist ini dimuktamadkan oleh Mahkamah Tinggi petang Selasa (10 November) selepas mengesahkan perintah pelepasan tersebut. Berdasarkan laporan Astro Awani, Hakim Datuk Aslam Zainuddin memberikan kata putus selepas pihak pendakwaan dan pembelaan tiba-tiba mencapai ‘konsensus’ atau persetujuan bersama.
Difahamkan, kelonggaran luar biasa ini diberikan susulan penyelesaian bayaran denda, yang membolehkan beliau beralih ke kaedah tahanan rumah tanpa sebarang halangan. Najib yang kelihatan sangat ceria selepas keputusan dibacakan pastinya tidak sabar untuk pulang. Yalah, siapa tak gembira dapat kembali tidur di atas katil empuk, kan?
Lebih mencuri tumpuan, pihak berkuasa nampaknya langsung tak buang masa! Tinjauan mendapati pos kawalan keselamatan ketat sudah siap didirikan di kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta. Semuanya bersiap sedia untuk menyambut ketibaan “Bossku” terus dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) dikatakan telah memfailkan semakan pada 6 November untuk memperincikan teks perintah pelepasan ini. Kononnya bagi mengelakkan ‘kekeliruan teknikal undang-undang’ tanpa menyentuh titah pengampunan bersyarat Yang di-Pertuan Agong.
Ini pastinya mencetuskan persoalan yang sangat besar dalam kalangan rakyat marhaen. Ramai netizen sudah mula triggered dan mengamuk di media sosial mempersoalkan keadilan sistem perundangan negara—adakah kalau berduit dan berstatus jerung, layanan yang diterima berbeza dengan bilis?