Pelik juga orang politik ni.
Gaji rakyat naik RM300, macam-macam alasan keluar. Takut majikan terbeban. Takut ekonomi terjejas. Takut inflasi meningkat.
Tapi bila gaji dan elaun sendiri naik, senyap pula cerita beban ekonomi!
Haa. Sekarang kita bincang ekonomi.
Sampai bila Malaysia nak bergantung kepada buruh murah?
Berpuluh tahun kita terperangkap dalam model low-cost, low-wage economy.
Nak jadi negara maju, tapi gaji pekerja masih rendah?
Macam mana tu?
Sebab itu kenaikan gaji bukan sekadar soal tambah duit dalam poket rakyat. Ini soal mengubah struktur ekonomi negara!
Kita mahu beralih daripada ekonomi buruh murah kepada ekonomi berpendapatan tinggi, berkemahiran dan berproduktiviti tinggi.
Ya, ada risiko. Tapi kalau risiko dikaji dan langkah sokongan dirancang, inilah keputusan berani yang perlu diambil.
Tambahan pula, asas ekonomi kita semakin menggalakkan.
✅ Pertumbuhan ekonomi kukuh.
✅ Hasil kerajaan meningkat.
✅ Defisit fiskal mengecil.
✅ Inflasi sederhana.
✅ Ringgit mengukuh.
✅ Daya saing negara melonjak ke tangga ke-15 dunia.
BELANJAWAN 2027: ANGKAT LANTAI PENDAPATAN RAKYAT!
💰 Gaji minimum RM2,000.
💰 Gaji permulaan separa mahir dan graduan RM2,500.
💰 Penanda aras gaji sara hidup GLIC/GLC RM3,400.
Ketiga-tiganya mempunyai skop pelaksanaan berbeza.
Apa matlamatnya?
Gaji naik → Kuasa beli naik → Permintaan meningkat → Perniagaan berkembang → Ekonomi berkembang!
Pegang 4 enjin ekonomi negara.
C — Consumption: Kuasa beli rakyat mesti kukuh.
G — Government Spending: Hasil kerajaan meningkat, fiskal diurus berdisiplin.
I — Investment: Pelaburan berkualiti membawa teknologi, kemahiran dan pekerjaan bergaji tinggi.
X — Export: Produk tempatan berkualiti menembusi pasaran dunia.
Formula lengkap KDNK: C + I + G + (X − M).
Tentulah kenaikan gaji mesti disertai peningkatan produktiviti, kawalan kos asas dan sokongan kepada PKS.
Tetapi kita tak boleh selamanya bergantung kepada buruh murah.
Nak Malaysia jadi negara berpendapatan tinggi, rakyat kebanyakan pun mesti bergaji lebih tinggi!
🇲🇾 SILING EKONOMI NAIK. LANTAI PENDAPATAN RAKYAT PUN MESTI NAIK!
Surat Pembaca Oleh: Mirza Mohd
Ini merupakan sebuah nukilan surat pembaca oleh Mirza Mohd. Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian DeKapital.