Written by 9:36 pm Semasa

Di Dalam Lain, Di Luar Lain: Zahid Cabar Anwar Keluarkan BN Dari Kerajaan Madani

Kalau rasa diri tu kuat sangat sampai boleh ugut Perdana Menteri, kenapa tak tarik sokongan sekarang juga?

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mencetuskan rasa jelak dalam kalangan rakyat. Beliau secara terbuka mencabar pihak yang mendesak UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan supaya membawa usul undi tidak percaya di Parlimen atau membubarkan Parlimen untuk PRU segera. Nadanya angkuh, seolah-olah kestabilan pentadbiran negara hari ini hanya bergantung pada ihsan 30 kerusi Barisan Nasional semata-mata.

Hakikat yang UMNO cuba kaburkan adalah jelas: tanpa iltizam reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan komitmen PKR untuk menyelamatkan negara daripada huru-hara politik pasca-PRU15, di manakah kedudukan mereka hari ini? Anwar dan Kerajaan Madani berhempas-pulas memulihkan ekonomi, membasmi rasuah sistemik, dan menarik pelaburan gergasi bernilai berbilion ringgit, tetapi segelintir elit politik lama nampaknya masih gian bermain drama ugut-mengugut kerusi demi kelangsungan kuasa sendiri.

Jangan sesekali keliru antara kesabaran PMX mentadbir demi rakyat dengan kelemahan. Anwar Ibrahim tidak pernah gentar dengan cabaran Parlimen mahupun medan pilihan raya; rekod perjuangannya puluhan tahun membuktikan prinsip reformasi tidak boleh dibeli. Jika UMNO merasakan mereka terlalu besar untuk tunduk kepada agenda integriti Madani, pintu keluar sentiasa terbuka tanpa perlu berselindung di sebalik cabaran undi tidak percaya.

Persoalannya cukup mudah: adakah UMNO benar-benar ikhlas mahu membina Malaysia Madani bersama Anwar Ibrahim, atau mereka sekadar menumpang kuasa sebelum bersedia menikam dari belakang sekali lagi demi menyelamatkan tengkuk sendiri?

Close