Written by 6:47 pm Semasa

Skandal Tabung Haji: Dokumen RCI Dedah Siapa Sebenarnya ‘Pelahap’ Duit Umat Islam

Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Skandal Lembaga Tabung Haji (TH) membongkar siri penyelewengan, kelemahan tadbir urus, serta manipulasi perakaunan yang hampir meruntuhkan institusi simpanan dana ibadah umat Islam negara bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Laporan RCI terbaharu itu mengesahkan pelbagai pendedahan dan dakwaan kritikal yang pernah dibangkitkan sebelum ini adalah benar dan berasas.

Kerugian RM10 Bilion & Defisit Liabiliti Mencecah RM74.4 Bilion
Dakwaan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung angka kerugian RM10 bilion disahkan BETUL. Kerugian dan jurang kewangan ini berpunca daripada pelanggaran peraturan, pelaburan bermasalah, serta kelemahan pengurusan sejak tahun 2014. Pada penghujung 2017, aset TH bernilai RM70.3 bilion, namun jumlah liabilitinya membengkak sehingga RM74.4 bilion, menjadikan aset TH tidak lagi mencukupi untuk menampung tanggungannya.

Pembayaran Hibah Menggunakan Rizab (Skim ‘Pak Man Telo’)
TH didapati mengisytiharkan dan membayar kadar hibah yang tinggi antara tahun 2014 hingga 2017 walaupun kedudukan kewangannya tidak kukuh. Pembayaran hibah yang melebihi kemampuan sebenar ini telah menghakis rizab TH dan memaksa institusi mengambil risiko pelaburan yang jauh lebih tinggi demi memenuhi jangkaan pulangan pendeposit.

Pelaburan Berisiko Tinggi dalam Ekuiti & Saham
Penemuan RCI mengesahkan TH terlalu bergantung kepada pelaburan ekuiti dan aset berisiko tinggi. Apabila pasaran saham jatuh, kejatuhan tersebut memberi tamparan hebat dan impak negatif secara langsung kepada kedudukan kewangan TH.

Amalan Perakaunan Kreatif (Creative Accounting) & Isu Sijil Audit
TH menggunakan amalan creative accounting bagi menyebunyikan kedudukan sebenar kewangannya daripada pengetahuan umum. RCI turut membangkitkan persoalan terhadap Jabatan Audit Negara yang masih mengeluarkan Sijil Audit Bersih bagi penyata kewangan TH (2014–2017), sedangkan Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberi amaran mengenai kelemahan dan pelanggaran kewangan sejak 2014. Contoh Nyata: Pada tahun kewangan 2017, TH mengumumkan hibah sebanyak 6.25% (melibatkan RM2.75 bilion) biarpun kewangan semasa tidak mampu menyokong kadar tersebut.

Risiko Kejatuhan Pembankan (Bank Run) & Penangguhan Laporan
Penangguhan laporan RCI sebelum ini disahkan BETUL bagi mengelakkan panik dan bank run (pengeluaran simpanan secara beramai-ramai sehingga kehabisan tunai). Apabila kadar hibah diturunkan kepada 1.25% pada 2019, simpanan pendeposit merosot daripada RM73 bilion kepada RM69 bilion, membuktikan kerapuhan keyakinan pendeposit pada waktu itu. Faktor sampingan lain yang memburukkan krisis merangkumi beban subsidi haji, ketidakjelasan akauntabiliti, serta kegagalan bertindak awal.

Pelan Pemulihan Melalui Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB)
Langkah pemulihan yang digerakkan oleh kementerian di bawah pentadbiran bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, disahkan BETUL dalam usaha menyelamatkan TH. Pada penghujung 2018, aset-aset bermasalah dipindahkan kepada UJSB menerusi penerbitan sukuk bernilai kira-kira RM19.6 bilion dan suntikan tunai sebanyak RM300 juta.

Penglibatan Tokoh Politik
RCI mengesahkan wujud penglibatan tokoh-tokoh politik yang dinamakan secara khusus bersama parti dan jawatan masing-masing dalam laporan rasmi RCI berhubung salah urus TH.

Pendedahan Awal Oleh YB Rafizi Ramli
Teguran, luahan, dan kenyataan yang pernah dibuat oleh YB Rafizi Ramli berhubung kepincangan dalam TH sebelum ini disahkan BETUL oleh dapatan laporan RCI.

Perkembangan Semasa & Syor Tindakan
Status Pemulihan: TH kini dilaporkan semakin pulih hasil tindakan pembaikan berterusan, terutamanya selepas mengumumkan Agihan Keuntungan 3.5% bagi tahun kewangan 2025—iaitu kadar tertinggi dalam tempoh lapan tahun.

Pelaksanaan Syor: Daripada 25 syor penambahbaikan yang dikemukakan oleh RCI (merangkumi pengukuhan tadbir urus, audit, pengurusan risiko, dan kawalan pelaburan), pihak kerajaan mengesahkan bahawa sekitar 75% daripadanya telah pun dilaksanakan.

Tuntutan Tindakan Undang-undang: Penghargaan dirakamkan kepada DYMM Sultan Abdullah atas penubuhan RCI ini. Pihak berkuasa seperti PDRM, SPRM, dan BNM didesak untuk meneruskan siasatan lanjut agar mana-mana individu yang melakukan kesalahan diheret ke muka pengadilan seperti mana skandal 1MDB.

Close