Written by 12:24 pm Semasa

Cukup Kuat Sangat Ke? BN Johor Tergopoh-Gapah ‘Paksa’ PRN Demi Gila Kuasa

Barisan Nasional (BN) Johor nampaknya benar-benar sudah hilang sabar. Baru sahaja merasa selesa dan mendabik dada kononnya mendapat sokongan padu, mereka tanpa memikirkan panjang terus mengambil tindakan drastik membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Soalannya sekarang: Untuk apa sebenarnya kegilaan ini? Adakah kepimpinan negeri hari ini langsung tidak berfikir sebelum bertindak?

Tindakan membubarkan DUN secara tergesa-gesa ini dengan alasan merasa cukup kuat untuk berkuasa kembali secara mutlak adalah satu bukti nyata betapa angkuhnya elit politik yang hanya mementingkan survival kuasa berbanding kestabilan sebenar.

PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Ceramah Jelajah Johor Ke Depan, Undi Harapan DUN Serom.

“Johor ini tidak sabar, dia tengok takut terlepas nanti… sabar sekejap. Pilihan raya lambat lagi, buatlah kerja dulu.

“Cuba tanya untuk apa (pilihan raya)? Sebab itu rakyat kena faham tetapi dia tak beritahu hal ini. Yang dia beritahu kepada orang Melayu… kita kena selamatkan orang Melayu daripada Cina DAP,” katanya.

Ego Politik Yang Menyusahkan Semua Pihak
Sikap tergopoh-gapah ini secara tidak langsung telah mengheret dan memaksa semua pihak; daripada jentera kerajaan, parti-parti politik lain, sehingga ke rakyat marhaen, untuk turut serta dalam kancah Pilihan Raya Negeri (PRN) yang langsung tidak diperlukan ketika ini. Di saat rakyat sedang sibuk menguruskan kelangsungan hidup dan ekonomi yang belum stabil sepenuhnya, BN Johor pula lebih gemar bermain catur politik demi kepuasan syok sendiri.

Adakah mereka fikir PRN ini seperti mengatur majlis kenduri? Ia melibatkan kos jutaan ringgit wang rakyat, masa, dan tenaga yang sepatutnya disalurkan untuk pembangunan negeri, bukannya untuk melayan ego segelintir pemimpin yang takut bayang-bayang sendiri!

Rakyat Bukan Alat ‘Test Market’
Jangan disebabkan rasa tamak dan kemaruk nak membolot kuasa tanpa perkongsian, seluruh negeri dipaksa mengharungi PRN pramatang. Mengapa perlu terburu-buru kalau betul-betul sudah berkhidmat dengan cemerlang? Adakah pembubaran awal ini sebenarnya satu taktik terdesak kerana takut pengaruh mereka semakin merosot jika menunggu sehingga tamat tempoh?

Kepimpinan Johor perlu sedar, rakyat hari ini bukan lagi ‘pak turut’ yang boleh dicucuk hidung dan dipaksa ke peti undi setiap kali orang politik rasa hendak bertukar jawatan. Sikap gopoh BN ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah menunjukkan rasa tidak hormat yang amat mendalam terhadap mandat yang telah diberikan sebelum ini.

Close