Written by 8:35 am Semasa

Hannah Puji Tindakan Proaktif KDN Aktif Semula Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menyambut baik langkah Kementerian DalamNegeri (KDN) mengaktifkan semula Jawatankuasa PengurusanPengambilan Pekerja Asing Labuan.

Langkah itu jelasnya dapat memastikan keperluan tenaga kerjaindustri di pulau itu dapat dipenuhi secara lebih cekap dan teratur.

Perkembangan tersebut juga penting dalam memastikanpertumbuhan ekonomi Labuan tidak terjejas akibat kekurangantenaga kerja, khususnya ketika sektor industri dan pelaburanterus berkembang.

“Saya menerima taklimat daripada Jabatan Imigresen Malaysia mengenai status permohonan dan kelulusan pekerja asing di Labuan bagi memenuhi keperluan industri semasa.

Pada masa sama, aspek keselamatan dan kesejahteraan komunitisetempat mesti terus diberikan keutamaan,” katanya menerusisatu hantaran di Facebook.

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan yang diaktifkan semula oleh KDN pada 8 Mei 2026 telahberjaya menyelesaikan semua permohonan tertunggak sejaktahun lalu.

Penyelesaian terhadap isu tertunggak itu bukan sahaja memberikeyakinan kepada pelabur dan pemain industri, malahmembantu memperkukuhkan kedudukan Labuan sebagai destinasi pelaburan yang kompetitif di rantau ini.

Kelancaran proses pengambilan pekerja asing yang memenuhisyarat adalah antara faktor penting dalam memastikan operasiindustri berjalan lancar tanpa menjejaskan produktiviti dan dayasaing ekonomi.

Pada masa sama, Hannah menegaskan bahawa setiap kelulusanpekerja asing perlu dilaksanakan secara terkawal dan seimbangagar keperluan industri dapat dipenuhi tanpa mengabaikankeselamatan serta kesejahteraan masyarakat setempat.

“Apabila industri berkembang, keperluan tenaga kerja turutmeningkat. Namun, keseimbangan antara pembangunanekonomi dan kepentingan komuniti tempatan perlu sentiasadipelihara,” katanya lagi.

Kerjasama erat antara agensi kerajaan, sektor industri dan pihakberkepentingan akan terus diperkukuhkan bagi memastikanpembangunan ekonomi Labuan dapat diteruskan secara mampanserta memberi manfaat kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan Labuan.

Close