Written by 12:00 pm Semasa

St. John Ambulans Malaysia Sumbang AED, Hannah Puji Usaha Murni Untuk Komuniti

Usaha memperkukuh kesiapsiagaan komuniti dalammenghadapi kecemasan terus dipertingkat apabila St. John Ambulance Malaysia menyumbangkan sebuahperanti Automated External Defibrillator (AED) untukkegunaan masyarakat di Hartamas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menyifatkan sumbangantersebut sebagai langkah penting dalam meningkatkanakses kepada peralatan penyelamat nyawa di kawasankomuniti.

Peranti AED berkenaan telah dipasang di Balai Bomba Hartamas dan akan diselia oleh anggota bomba bagimemastikan ia mudah diakses sekiranya berlakukecemasan.

“AED ini telah dipasang di Balai Bomba Hartamas dan akan berada di bawah jagaan anggota bomba, sekali gusmemastikan ia dapat digunakan dengan segera apabiladiperlukan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada St. John Ambulans Malaysia atas kerjasama yang diberikan dalammenjayakan inisiatif tersebut.

Katanya, kerjasama antara agensi dan organisasimasyarakat seperti itu amat penting dalam memperkukuhtahap kesiapsiagaan komuniti.

Ia juga dapat meningkatkan kesedaran orang ramaimengenai kepentingan tindak balas awal ketika berdepaninsiden kecemasan.

Menurut Hannah, inisiatif penyediaan AED itu tidak akanterhenti di Hartamas sahaja, sebaliknya akan diperluaskanke kawasan-kawasan lain pada masa akan datang.

“Usaha ini akan diperluaskan ke lebih banyak lokasi bagimeningkatkan akses kepada peralatan penyelamat nyawaserta memperkukuh kesiapsiagaan komuniti dalammenghadapi situasi kecemasan,” katanya lagi.

AED merupakan peranti yang digunakan untuk membantumangsa serangan jantung secara mengejut denganmemberikan kejutan elektrik terkawal bagi memulihkanrentak jantung sebelum bantuan perubatan tiba.

Penyediaan lebih banyak AED di lokasi awam dilihatmampu meningkatkan peluang menyelamatkan nyawa, khususnya dalam kes kecemasan kardiovaskular yang memerlukan tindakan pantas dalam tempoh beberapaminit pertama.

Close