Kewujudan ‘Hab P-Hailing @ D’Tebing Recharge Rider’di Pusat Penjaja D’Tebing, Bulatan Dato’ Onn merupakanlangkah proaktif dalam menjaga kebajikan pekerja p-hailing.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, hab yang beroperasi 24 jam sehariitu diharap dapat memastikan golongan pekerja gig mendapat kemudahan selesa dan selamat sekaligusbersesuaian dengan keperluan mereka.
Jelasnya, kewujudan hab tersebut sememangnya pentingdalam usaha menangani isu keselamatan jalan raya, khususnya bagi mengurangkan risiko kemalangan akibatgejala ‘micro-sleep’.
“Golongan menunggang motosikal atau memandu keretaberisiko berdepan kemalangan akibat ‘micro-sleep’ kerana ada bekerja sehingga 12 jam sehari.
“Oleh itu, tempat ini disediakan untuk mereka berehat samaada mahu cas telefon atau ‘recharge’ diri sendiri sebelumkembali bekerja.
“Saya tidak mahu lagi melihat situasi di Kuala Lumpur di mana rider terpaksa menunggu pesanan di tepi jalan. Kita mahu menghidupkan semula ruang-ruang kosong seperti iniuntuk dikongsikan bersama warga rider agar merekadilayan dengan baik,” katanya.
‘Hab P-Hailing @ D’Tebing Recharge Rider’ dibukakhusus untuk kegunaan semua rider tanpa mengira syarikatperkhidmatan.
Sesuai dengan fungsinya, orang awam tidak dibenarkanuntuk menggunakan perkhidmatan terdapat di ‘Hab P-Hailing @ D’Tebing Recharge Rider’.
“Orang awam tidak dibenarkan menggunakan port mengecas telefon di sini, namun mereka dialu-alukan untukmakan di enam premis food court berhampiran yang turutmenempatkan lot kopi serta bakal menawarkan Menu Rahmah pada harga berpatutan.
“Pihak kami bersama Khazanah Nasional akan memantaurapat penggunaan hab ini menerusi mesyuarat berkala bagimenghidupkan tapak warisan termasuk laluan pejalan kaki River of Life,” katanya lagi.
Terdahulu, Hannah menjelaskan pihaknya juga bercadanguntuk memperluaskan inisiatif ini ke tempat lainbergantung kepada permintaan di masa depan.