Selat Melaka sedang menjadi tumpuan dunia. Penasihat Pemimpin Tertinggi Iran, Mojtaba Khamenei, baru-baru ini memberi amaran bahawa sebarang gangguan di Selat Hormuz boleh mencetuskan “tindak balas rantaian” ke laluan perkapalan paling kritikal dunia termasuk Selat Melaka.
Kenapa Malaysia patut risau? Kerana selat sempit sepanjang 2.8 kilometer ini mengendalikan 30% perdagangan maritim global, 23 hingga 25 juta tong minyak sehari, dan 80% import minyak mentah China. Ia adalah urat nadi ekonomi Asia Timur. Gangguan di sini bukan sahaja akan melonjakkan harga minyak dunia, malah boleh melumpuhkan rantai bekalan China, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.
Malaysia kini berada di persimpangan sejarah. Bukan sekadar kerana kedudukan geografi yang strategik, tetapi kerana kita sedang dikepung dari luar dan digonggong dari dalam. Negara jiran kita pula sedang “bermain bola” dengan Washington.
Indonesia baru sahaja memeterai perjanjian perdagangan udara baharu yang membuka ruang lebih luas kepada Amerika Syarikat. Singapura yang sudah lama menjadi hab ketenteraan AS, dan Filipina yang mempunyai pangkalan tentera Amerika, semakin rapat dengan Pentagon. Ketiga-tiga negara ini kini membentuk barisan yang menyempitkan ruang gerak Malaysia di Selat Melaka.
Apa yang ramai rakyat belum sedar ialah: Amerika Syarikat sudah lama menanam benih kekacauan di tanah air kita. Ini bukan teori konspirasi. Ini corak yang berulang.
Awal tahun ini, institusi tentera negara digemparkan dengan kes rasuah besar-besaran yang seolah-olah direka untuk melemahkan keyakinan rakyat terhadap angkatan bersenjata. Kemudian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula menjadi sasaran laporan Bloomberg yang sensasi seolah-olah mahu menunjukkan bahawa kerajaan Anwar tidak boleh dipercayai.
Kini, pelajar universiti sedang “dilengkapi” untuk turun ke jalanan membuat demonstrasi. Langkah seterusnya sudah jelas: Parti MUDA akan memimpin himpunan besar-besaran. Semua ini berlaku hampir serentak.
Kenapa sekarang? Kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil pendirian yang tegas dan berprinsip dalam isu Palestin dan Gaza. Beliau bukan sahaja lantang membela rakyat Gaza yang dibunuh beramai-ramai, malah berani menjalin hubungan yang lebih rapat dengan Iran. Ini adalah duri dalam daging bagi Washington.
Amerika tidak mahu ada negara Islam sederhana di Asia Tenggara yang berani berdiri bersama blok yang menentang hegemoni mereka. Mereka mahu Malaysia lemah, tidak stabil, dan akhirnya terpaksa tunduk. Dengan mencipta kekacauan dalaman, mereka cuba memaksa Anwar menghadapi krisis di rumah sendiri sehingga terpaksa melonggarkan pendirian luar negaranya.
Krisis Asia Barat bukan lagi isu jauh di Timur Tengah. Ia sudah sampai ke pintu rumah kita. Selat Hormuz dan Selat Melaka adalah dua belah mata rantai yang sama. Kalau Hormuz terganggu, tekanan akan beralih ke Melaka.
Dan kalau Malaysia goyah dari dalam, kita tidak akan mampu mempertahankan kedaulatan selat yang menjadi tulang belakang ekonomi negara. Ini bukan kebetulan. Ini strategi. Amerika mahu mengawal laluan perdagangan global supaya China terus tertekan, Iran terpencil, dan mana-mana pemimpin yang pro-Palestin serta pro-kedaulatan tidak boleh bangkit.
Rakyat Malaysia perlu sedar. Ketidakstabilan yang kita lihat hari ini; rasuah tentera, serangan media antarabangsa terhadap SPRM, protes pelajar, dan himpunan politik – semuanya adalah sebahagian daripada permainan yang lebih besar.
Ia bukan tentang Anwar semata-mata. Ia tentang masa depan Malaysia sebagai negara berdaulat yang berani berdiri di pihak yang benar.
Kita berada di persimpangan. Sama ada kita bersatu mempertahankan kedaulatan dan prinsip luar negara yang adil, atau kita biarkan benih kekacauan yang ditanam orang luar tumbuh subur sehingga menghancurkan negara.
Selat Melaka bukan milik Amerika. Ia milik kita. Dan masa depan Malaysia bergantung pada sama ada kita cukup bijak untuk melihat corak ini sebelum terlambat.