Written by 1:15 pm Semasa • One Comment

Apa PMX Umumkan Hari Ini.

Ada 7 perkara:

  1. Undang-undang & Kuasa Kerajaan (Supaya Tak Ada Orang Terlalu Berkuasa)
  • Pendakwa Raya dan Peguam Negara dipisahkan : Maksudnya orang yang dakwa kes dan orang yang nasihat kerajaan bukan orang sama. Lebih adil.
  • Perdana Menteri maksimum 10 tahun / 2 penggal
  • Ketua Setiausaha Negara juga maksimum 10 tahun
  • Undang-undang Ombudsman: Rakyat boleh adu salah guna kuasa dari peringkat bawah sampai Perdana Menteri.
  • Akta Kebebasan Maklumat (FOI) : Rakyat boleh minta maklumat kerajaan, tapi tak termasuk keselamatan negara dan risikan.
  1. Ekonomi Negara
  • Ringgit antara paling kuat di Asia
  • Pelaburan tertinggi dalam sejarah
    RM2.85 trilion dalam 9 bulan 2025
  • Perdagangan negara meningkat
  • Kedudukan ekonomi dunia naik 11 tangga
  • Penarafan kredit negara baik (A-)
  1. Subsidi, Gaji & Urusan Kerajaan
  • Subsidi RON95 disasarkan: Orang yang betul dapat
  • Gaji penjawat awam naik : Termasuk hakim yang 10 tahun tak naik gaji
  • Semua urusan kerajaan pergi online (kecuali yang undang-undang tak benarkan)
  • AI digunakan untuk jawab surat rasmi : Supaya cepat dan tak lambat.
  1. Sabah & Sarawak (MA63)
  • Sabah: RM6.9 bilion
  • Sarawak: RM6 bilion
  • 9 daripada 13 tuntutan MA63 sudah selesai
    Contoh:
    • Air Borneo
    • Pelabuhan Bintulu
    • Kabel dasar laut RM2 bilion
  1. Bantuan Rakyat & Pendidikan

Duit Terus Masuk:

  • Sara Bulanan: sehingga RM200 ke MyKad (9 Jan 2026)
  • STR Fasa 1 : sehingga RM500 (20 Jan 2026)
  • RM100 untuk semua umur 18+ : (22 juta orang, 9 Feb 2026)

Sekolah & Pelajar:

  • Bantuan sekolah RM150 (prasekolah sampai Tingkatan 6)
  • Sekolah Agama & Tahfiz: RM200 juta
  • SJKC : RM80 juta
  • Sekolah Tamil: RM50 juta
  • Bank Makanan & Dapur Siswa untuk pelajar susah
  1. Perniagaan Kecil (PMKS)
  • Cukai sewaan turun dari 8% ke 6%
  • Perniagaan kecil tak perlu bayar cukai servis
    kalau jualan bawah RM1.5 juta
  • e-Invoice ditangguh & dimaafkan penalti
  • Dana RM10 bilion untuk PMKS Bumiputera
  • Pinjaman mudah & jaminan kerajaan ditambah
  • Tekun Nasional RM500 juta, fokus wanita, anak muda, TVET
  1. Harga Barang & Rasuah
  • Harga ayam dikawal walaupun subsidi ditarik
  • Amaran kepada kartel besi & simen! Kalau naik harga, kerajaan buka import.
  • Kerajaan sokong SPRM, PDRM, LHDN
  • Penjawat awam diingatkan: jangan curi semasa berkuasa.

Sekian. Terima kasih PMX, QR.

Close