Written by 4:47 pm Semasa

Rebat RAHMAH Hari Raya: 5GB Data Percuma untuk Semua Rakyat Malaysia!

PUTRAJAYA, 26 Mac 2025 – Berita baik untuk rakyat Malaysia! Sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kerajaan MADANI melalui Kementerian Komunikasi mengumumkan pemberian insentif rebat RAHMAH berbentuk tambahan kuota data minimum 5GB secara percuma kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi di negara ini.

Rebat ini akan diberikan kepada semua warganegara Malaysia, termasuk pengguna prabayar dan pascabayar, dan sah digunakan pada Hari Raya pertama untuk tempoh minimum 24 jam.

Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi seperti CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Pavo Comms, Tune Talk, redONE, REDtone dan XOX Com.

Menurut Kementerian Komunikasi, langkah ini selari dengan aspirasi kerajaan MADANI yang menitikberatkan nilai ihsan kepada rakyat serta mengeratkan silaturahim menerusi komunikasi dalam talian sempena sambutan Aidilfitri.

Dengan tambahan kuota data ini, rakyat Malaysia dapat berhubung lebih mudah dengan keluarga dan rakan-rakan, sama ada melalui panggilan video, pesanan mesej atau media sosial, terutama bagi mereka yang tidak dapat pulang beraya bersama.

Maklumat lanjut mengenai tawaran ini akan diumumkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi masing-masing. Pengguna juga boleh merujuk senarai soalan lazim (FAQ) di laman sesawang Kementerian Komunikasi di pautan berikut:
https://www.komunikasi.gov.my/en/awam/faq.

Raya kali ini lebih meriah dengan internet percuma! Jangan lepaskan peluang untuk terus berhubung dan menyambung kasih sayang bersama keluarga serta sahabat handai.

Close