Sejak keputusan denda ke atas Astro diumumkan, timbul perbandingan antara hukuman bagi kes-kes lain, termasuk denda RM60,000 ke atas syarikat menjual stokin kalimah Allah, RM10,000 terhadap individu yang menghina Rasulullah SAW dan RM5,000 untuk penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Soalan yang ramai tanya: Kenapa jumlah denda berbeza-beza?
Jawapan dia mudah – bukan semua kes jatuh bawah undang-undang yang sama, dan bukan semua kes dikendalikan oleh pihak berkuasa yang sama.
1. Jenis Undang-Undang Berbeza, Hukuman Berbeza
– Stokin kalimah Allah – RM60,000
- Kes ini jatuh di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 298 kanun sama.
- Ia sengaja melukakan perasaan orang Islam dengan mempamerkan stoking tertera kalimah Allah di rak pameran jualan, yang dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun.
– Hina Rasulullah SAW – RM10,000
- Kes ini jatuh di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Seksyen 233).
- Denda maksimum sebelum pindaan 11 Februari 2025 hanyalah RM50,000 atau penjara setahun.
- Harith Iskander dan Cecelia Yap dikenakan kompaun RM10K berdasarkan budi bicara Jabatan Peguam Negara.
– Hina Agong – RM5,000
- Kes ini dikendalikan bawah Kanun Keseksaan (Seksyen 233 atau Seksyen 504/505).
- Denda atau hukuman bergantung kepada keputusan mahkamah dan setiap kes dinilai berbeza berdasarkan bukti dan keseriusan kesalahan.
– Astro – RM250,000
- Astro yang kena denda, bukan DJ ERA.
- Kes ini jatuh bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Seksyen 211 dan 233) selepas pindaan 11 Februari 2025.
- Denda maksimum selepas pindaan adalah RM500,000 dan penjara 3 tahun, jadi RM250,000 ini bukan sesuatu yang pelik.
2. Kenapa Astro Kena Denda, Bukan DJ?
- Stesen penyiar yang bertanggungjawab ke atas kandungan yang disiarkan, bukan individu semata-mata.
- Astro adalah syarikat pemegang lesen penyiaran, dan mereka bertanggungjawab terhadap kandungan yang dikeluarkan.
- DJ mungkin boleh dikenakan tindakan lain, tetapi denda utama mesti dikenakan kepada syarikat yang mengawal siaran tersebut.
- Setiap kes tertakluk kepada undang-undang berbeza – bukan semua bawah satu akta.
- Astro kena denda kerana mereka sebagai pemegang lesen penyiaran bertanggungjawab terhadap kandungan.
- Denda terhadap Astro menunjukkan bahawa pindaan akta baru sedang dikuatkuasakan dengan lebih tegas.
- Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia kini membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap kes-kes penghinaan agama dan institusi negara.
Jadi, sebelum buat perbandingan tanpa asas, fahamkan dulu akta mana terpakai, siapa yang buat keputusan dan kenapa jumlah denda berbeza-beza.r