Written by • 10:52 pm• Semasa •

Dulu Tuduh PH Campur Tangan Istana, Sekarang MB UMNO Sendiri Ambil Pendirian Sama? Siapa Yang Salah Sebenarnya?

Ismail Lasim dah pertahankan Tuanku Muhriz, dan pendirian itu sama dengan apa PH Negeri Sembilan pegang sejak awal krisis. Khalas.

Cuma aku nak story sikit pasal cerita masa PRN hari tu. Kalau hang ingat, waktu kempen, ada pihak BN-PN yang main dakwaan macam-macam.

“Tapi PH ni kan campur tangan hal Istana?”

Ini dakwaan yang ditiup masa kempen PRN. Mereka kata Istana dikuasai DAP, adat dicampuri PH, Islam pula terancam. Tiga tuduhan sekali gus. Sekarang MB UMNO sendiri dah berdiri atas pendirian yang sama dengan PH. Jadi siapa sebenarnya yang campur tangan, hang fikirlah sendiri.

“Tapi MB tu kan orang UMNO, lainlah tu?”

Haa, itulah dia. MB tu orang UMNO, parti dalam BN. Bila orang dalam kem sendiri cakap benda yang sama dengan PH, takkan nak kata PH pula yang salah? Pendirian tak berubah, yang berubah cuma siapa yang cakap.

“Habis PHNS nak apa sekarang?”

PHNS tuntut BN-PN bertanggungjawab atas tuduhan lama tu. Pilihan ada tiga saja:

Tunjuk bukti ✅
Atau tarik balik tuduhan ✅
Dan buat secara terbuka, bukan senyap-senyap ✅

Dulu tuduh kuat-kuat depan orang ramai. Takkan nak tarik balik pun kena bisik-bisik ja?

Adil macam tu,
kan?

Surat Pembaca Oleh: Azan Asyraf
Ini merupakan sebuah nukilan surat pembaca oleh Azan Asyraf. Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian DeKapital.

↑
Close