Written by 11:00 am Semasa

Hannah: Kerajaan MADANI Stabil, PMX Layak Diberi Penggal Kedua

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat wajardiberikan peluang bagi meneruskan kepimpinan negara untuk penggal kedua susulan kejayaan menyelesaikanbeberapa isu yang telah berlarutan sekian lama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, antara contoh paling ketara ialah penyelesaian isu penempatan semulapenduduk Rumah Panjang Bukit Kiara yang telahberlarutan lebih empat dekad.

Hannah menyifatkan kejayaan merealisasikan projekperumahan kekal untuk penduduk terbabit sebagai buktibahawa kepimpinan politik yang stabil dan mempunyaiiltizam mampu menyelesaikan masalah yang sekian lama gagal dirungkaikan.

“Penyelesaian ini menjadi realiti dan saya berdoa agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar dikembalikan semulake Putrajaya. Anda memang layak,” katanya.

Hannah turut menggesa rakyat menilai kemampuan dan rekod kepimpinan seseorang pemimpin secara objektifsebelum membuat keputusan pada pilihan raya akandatang. 

Menurut beliau, kuasa yang diberikan kepada pemimpinyang tidak mempunyai keupayaan mentadbir dengan baikboleh memberi kesan langsung kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat. 

Beliau berpandangan bahawa kepimpinan Anwar telahmembuktikan komitmen dalam menyelesaikan pelbagaiisu rakyat yang tertangguh sejak sekian lama, termasukperkara berkaitan pembangunan bandar dan kebajikankomuniti.

Justeru atas dasar itu, Hannah menyatakan harapannyaagar Perdana Menteri diberikan mandat untukmeneruskan agenda pembangunan negara pada penggalakan datang.

Kenyataan tersebut dibuat ketika majlis pecah tanahprojek perumahan kekal bagi penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara di Kuala Lumpur yang menjadi simbolpenyelesaian kepada isu yang telah berlarutan selamalebih 40 tahun.

Bagi Hannah, rakyat perlu menilai bukan sekadar janjiatau retorik politik, sebaliknya melihat kepada keupayaansesebuah kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat.

Surat Pembaca Oleh: Mirza Mohd
Ini merupakan sebuah nukilan surat pembaca oleh Mirza Mohd. Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian DeKapital.

Close