Dalam persaingan sengit antara bandar utama di rantauAsia Tenggara dalam menarik pelaburan asing, ramaiyang masih beranggapan bahawa faktor utama menjadipertimbangan pelabur adalah insentif cukai, kos operasirendah atau saiz pasaran semata-mata.
Namun, hakikatnya landskap pelaburan global hari initelah berubah. Pelabur bukan sahaja menilai potensikeuntungan malah, turut meneliti tahap kecekapan, ketelusan dan integriti sesebuah pentadbiran.
Dalam konteks ini, pandangan Menteri di JabatanPerdana Menteri, Hannah Yeoh bahawa daya tarikanKuala Lumpur tidak hanya bergantung kepada faktorekonomi tetapi juga kepada tatakelola pentadbiran awamadalah suatu pandangan yang tepat dan berasas.
Bagi pelabur antarabangsa, kestabilan dan kepastiandasar merupakan elemen yang amat penting. Tiada pelabur yang sanggup mempertaruhkan modal bernilaijutaan ringgit sekiranya proses kelulusan terlalu birokratik, dasar kerajaan sering berubah atau wujud persepsirasuah dalam urusan pentadbiran.
Pelabur lebih yakin untuk melabur di bandar yang mempunyai sistem penyampaian perkhidmatan awamyang cekap, telus dan boleh dipercayai. Dalam banyakkeadaan, faktor inilah yang membezakan antara sebuahbandar yang berjaya menarik pelaburan berkualiti denganbandar yang hanya bergantung kepada kelebihan kos semata-mata.
Kuala Lumpur mempunyai banyak kelebihan semula jadisebagai destinasi pelaburan. Infrastruktur yang moden, kedudukan strategik di tengah-tengah ASEAN, jaringanpengangkutan yang baik serta tenaga kerja yang berkemahiran tinggi merupakan aset penting yang dimilikioleh bandar raya ini.
Namun, kelebihan tersebut perlu disokong oleh pentadbiran yang berintegriti dan mesra pelabur. Pelaburmahu melihat proses yang mudah, tempoh kelulusan yang jelas serta pegawai kerajaan yang profesional dan responsif terhadap keperluan industri.
Malah, dalam era ekonomi digital dan teknologi tinggi hariini, syarikat-syarikat global semakin menitikberatkanaspek Environmental, Social and Governance (ESG). Pelabur bukan sahaja menilai keuntungan perniagaan, malah turut mengambil kira reputasi negara dan bandar yang menjadi lokasi operasi mereka.
Sebuah bandar yang dikenali kerana ketelusanpentadbirannya akan lebih mudah menarik syarikatteknologi, pusat data, syarikat kewangan antarabangsadan pelaburan berimpak tinggi berbanding bandar yang sering dikaitkan dengan birokrasi atau ketidakcekapan.Sehubungan itu, usaha memperkukuh tatakelolapentadbiran di Kuala Lumpur perlu dilaksanakan secaramenyeluruh.
Pertama, kerajaan perlu mempercepatkan pendigitalanurusan kelulusan dan pelesenan supaya pelabur dapatberurusan melalui platform sehenti yang lebih mudah, telus dan pantas. Setiap permohonan harus mempunyaitempoh masa pemprosesan yang jelas dan boleh dipantausecara dalam talian bagi mengurangkan kerenahbirokrasi.
Kedua, budaya akauntabiliti dalam sektor awam perludiperkasakan. Prestasi agensi yang terlibat dalam urusanpelaburan wajar diukur melalui petunjuk prestasi utama(KPI) yang berasaskan kecekapan penyampaianperkhidmatan. Pelabur harus diberikan saluran maklumbalas yang berkesan supaya sebarang isu dapatdiselesaikan dengan cepat dan profesional.
Ketiga, Kuala Lumpur perlu memperkenalkan IndeksIntegriti Pelaburan Bandar Raya yang mengukur tahapkecekapan, ketelusan dan kemudahan menjalankanperniagaan. Indeks ini boleh menjadi penanda arastahunan yang membantu meningkatkan keyakinan pelaburserta mendorong agensi kerajaan untuk sentiasamelakukan penambahbaikan.
Keempat, kerjasama yang lebih erat antara kerajaan, sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan perludiperkukuhkan. Dialog berkala bersama komunitiperniagaan mampu mengenal pasti halangan pelaburansecara lebih awal dan membolehkan penyelesaian yang lebih efektif dilaksanakan.
Akhirnya, kejayaan Kuala Lumpur sebagai destinasipelaburan masa depan tidak boleh bergantung kepadapembangunan fizikal semata-mata. Bangunan pencakarlangit, lebuh raya moden dan projek mega mungkinmampu menarik perhatian namun, yang mengekalkankeyakinan pelabur adalah integriti pentadbiran dan kecekapan sistem penyampaian kerajaan.
Dalam hal ini, penegasan Hannah Yeoh bahawa tatakelolapentadbiran merupakan faktor utama daya tarikan pelaburharus dilihat sebagai satu peringatan penting bahawareputasi sesebuah bandar dibina bukan hanya melaluipembangunan ekonomi, tetapi juga melalui kualitipentadbiran yang mendasarinya.