Written by 6:43 pm Semasa

Baucar Buku Untuk 400,000 Guru – Kerajaan Luaskan Insentif Bacaan

KUALA LUMPUR, 1 Jun 2025 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa kerajaan akan memperluaskan pemberian baucar buku kepada lebih 400,000 guru di seluruh negara bermula tahun ini.

Inisiatif ini adalah lanjutan kepada usaha kerajaan membudayakan amalan membaca, yang sebelum ini memfokus kepada pelajar dan mahasiswa.

“Guru memainkan peranan penting bukan saja menyampaikan ilmu, tetapi juga memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar. Tahun lalu kita beri kepada murid dan pelajar, tahun ini kita beri kepada guru,” katanya semasa ucapan penutup Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Beliau turut menekankan bahawa pemberian baucar buku perlu disertakan dengan garis panduan yang jelas supaya hanya buku berkualiti dan bersifat ilmiah dibeli.

Sementara itu, untuk penuntut universiti, kadar baucar buku akan ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Kerajaan masih mengekalkan komitmen pemberian kepada mahasiswa seperti tahun lalu, namun kemungkinan berlaku penyusunan semula kadar mengikut kategori pelajar.

Maklumat lanjut mengenai kadar dan pelaksanaan akan diumumkan KPT dalam masa terdekat.

Close